Nama saya Nur Laila. Saya adalah seorang Muslimah yang telah
mengikut dan mentaati segala-gala yang telah diajari oleh ibu-bapa
saya, terutamanya dalam hal-hal iman dan keislaman. Tetapi walaupun
begitu, semakin saya lebih membesar, hati dan jiwa saya masih
kekosongan sahaja walaupun saya telah mencari jawapan soalan-soalan
kehidupan dari agama Islam serta ajaran-ajarannya.
Pada satu hari, saya telah terjumpa dengan jawapan serta
penyelesaian kepada segala keruncingan dan keresahan rohani di dalam
jiwa dan hati saya. Sejak waktu itu, saya telah dapat mengenalNya lebih
mendalam lagi, hari demi hari.
Saya dilahirkan dalam keluarga Islam. Ibu dan bapa saya adalah
pengikut Islam yang cukup warak dan bertakwa. Datuk saya telah mengajar
saya mengaji al-Quran sejak saya berumur empat tahun sampai saya
mencecah tujuh tahun. Sebagai seorang Muslimah yang bertaqwa, saya
menunaikan ibadat solat saya lima kali sehari dan telaah pengajian
Islam dari jam 6 petang sampai 8.30 malam setiap hari Sabtu ke Khamis.
Sesudah selesainya pembelajaran di sekolah menengah, pendidikan saya
dilanjutkan lagi di institut pengajian tinggi (IPT) di mana saya telah
belajar pendidikan biasa dan juga pendidikan Islam. Saya telah
mempelajari begitu banyak tentang agama Islam, serta mendalami
ilmu-ilmunya dengan cukup mantap, walau pun begitu, Islam tidak mampu
menenangkan jiwa saya atau menghasilkan kehidupan yang bermakna atau
pun menjadi panduan hidup bagi saya secara serius. Keadaan dalam hati
dan jiwa saya masih lagi kosong dan gelisah sahaja dan saya tidak
pernah menikmati apa yang difahami sebagai kasih-sayang Tuhan Allah
agama Islam itu!
Setelah mendalami telahaan dan pengajian agama Islam, saya dapati
bahawa seolah-olah kasih-sayang Allah itu bukanlah kasih sayang Tuhan
yang sebenar atau kesayangan yang sesungguhnya. Lebih-lebih lagi, kasih
sayang Allah agama Islam adalah amat terbatas dan bersyarat sekali;
saya terpaksa melakukan segala macam hal dan peraturan supaya saya
melayakkan diri untuk dapat mengalami kasih-sayang-Nya, yaitu ‘irrahman
dan arrahim-Nya’! Saya tidak menimbulkan soalan-soalan seperti ini
kepada orangtua saya kerana mereka menganggapi pertanyaan seperti itu
adalah ‘dosa besar’!
Pada suatu hari, sesudah saya menunaikan ibadah solat saya kepada
Allah, saya telah menangis dan rasa haru menyelubungi saya oleh kerana
saya tidak dapat mengenal atau merasa apakah itu kasih dan sayang Allah
swt itu! Tidak lama kemudian, saya telah membuka radio saya dan
kebetulan sekali, tepat pada saat itu merupakan siaran steyen radio
Kristian. Seorang wanita Kristian sedang membaca daripada Kitab Suci
Injil, Matius fasal 11 ayat 28, yang berbunyi :
‘Sayidina Isa berkata: "Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang
lelah dan menanggung beban berat, Aku akan memberikan kelegaan bagimu."’
Saya telah berfikir pada diri saya : "Siapakah Sayidina Isa ini,
yang mampu dan sanggup menganugerahkan kelegaan kepada umat manusia
yang berbeban berat? Saya masih ingat mengatakan kepadaNya, "Kalau
Engkau sungguhnya Ilahi, dan Sayidina Isa yang sebenarnya telah
menyatakan seperti itu, tolonglah, biarlah saya mengenal Engkau!"
Pada Tahun Pertama saya di Universiti, saya dijemput ke satu
keramaian oleh teman-teman saya. Kebanyakan mereka di situ adalah orang
beragama Kristian. Saya telah mendengar cerita tentang Sayidina Isa
Al-Masih sekali lagi. Satu ungkapan yang cukup unik telah menarik
perhatian saya, yakni: "Sayidina Isa mengasihi anda." Saya teringat
pada masa yang lalu, di mana pencarian saya bagi kebenaran kasih-sayang
Allah swt adalah hampa sahaja. Jadi pada saat itu, saya teringin untuk
kenali siapakah Sayidina Isa itu sebenarnya kerana jika Dia
sesungguhnya mengasihi saya, saya akan menjadi pengikutNya yang setia!
Oleh sebab itulah, saya telah berkata kepada Sayidina Isa : "Sayidina
Isa Al-Masih, jika sesungguhnya Engkau ilahi, dan mengasihi saya,
izinkanlah saya mengenal Engkau!"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar